NIKMATI RAHSIA ALAM SEMULA JADI

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Produk Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin pada tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail. Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk tanahair. Perusahaan Minyak Afiat kemudiannya telah ditukarkan kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM 229,000.00 pada tahun 1989. Sehingga tahun 2009, modal berbayar telah ditingkatkan kepada RM 771,000.00 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1 juta.


Setelah ketiadaan Allahyarham Haji Khalid, teraju pengurusan dan pentadbiran syarikat telah diambil alih oleh dua orang anak lelaki beliau. Bermula dari detik penyerahan itu Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd telah mengorak langkah menuju ke arah pengkorporatan dan meniti jalan mencari arah pasaran di peringkat antarabangsa. Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan, Syarikat Minyak Afiat telah membina sebuah kilang bertaraf GMP (Amalan Perkilangan Baik) yang mana syarikat ini adalah di antara kelompok pertama syarikat Bumiputera yang memperolehi pengiktirafan tersebut dari Kementerian Kesihatan dalam tahun 1996.


Berbekalkan formula dan ramuan tradisi keluarga, produk-produk syarikat ini telah mampu bersaing dengan produk- produk perubatan moden. Produk keluaran syarikat ini telah dianalisa dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin selamat serta bersih untuk digunakan. Lantaran itu juga Syarikat Minyak Afiat telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia pada 25 Ogos 1996 bagi memelihara mutu keluaran syarikat secara berterusan.


Di atas kesedaran dan permintaan yang memberangsangkan, syarikat telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan herba dan makanan tambahan tradisional untuk kegunaan semua peringkat umur. Di antara produk-produk Syarikat Minyak Afiat adalah seperti Minyak Afiat, Minyak Hangat Afiat, Set Bersalin Afiat, Air Jamu Bawang Putih dan Jus Halia. Selain itu, syarikat juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri seperti Gel Mandian, Syampu, Feminine Care, Balm dan Krim Afiat hasil kerjasama dengan SIRIM Berhad.


Sehingga kini Syarikat Minyak Afiat telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara meliputi Hypermarket, farmasi sehinggalah ke pelanggan-pelanggan kecil. Sebagai melebarkan lagi sayap perniagaan, pihak syarikat merancang mengeluarkan lebih banyak produk-produk baru berupa produk kosmetik, produk makanan kesihatan berasaskan herba dan juga produk penjagaan diri bagi memenuhi permintaan dan kecenderungan pengguna yang tinggi terhadap produk sedemikian. Masih merangka kerjasama dengan SIRIM Berhad sebagai sumber penyelidikan dan pembangunan, projek produk-produk baru tersebut diharapkan dapat menyumbang ke arah memajukan lagi industri herba di Malaysia dan di peringkat global.

Rangkaian produknya telah dikenali dan mendapat sambutan baik dan mempunyai pengguna-pengguna yang setia sejak bertahun-tahun lamanya.

Mempunyai reputasi sebagai berkualiti tinggi dan mempunyai mutu yang konsisten yang mana dikendalikan di bawah persijilan GMP (Good Manufacturing Practice/ Amalan Perkilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurusan seniornya mempunyai latar belakang yang cemerlang dalam mengendalikan perniagaan.

Tujuan dan objektif penubuhan Syarikat adalah untuk meletakkan Syarikat di dalam kedudukan pasaran yang kukuh. Ini akan menyaksikan Syarikat berada di dalam kedudukan yang selesa untuk memperolehi keuntungan yang setaraf dengan syarikat-syarikat yang lebih besar.

Untuk mencapai kedudukan tersebut Syarikat telah membangunkan pelan komprehensif untuk memperkembangkan aktiviti-aktivitinya di dalam pembangunan produk baru (R&D), pemasaran, pengedaran dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.


  • Syarikat bertekad untuk menjadi salah satu daripada peneraju utama dalam formulasi herba di dalam negara.
  • Syarikat juga bertekad untuk terus menjadikan syarikat lebih menarik, yakni disenangi oleh pemegang-pemegang saham, kakitangan-kakitangan, pembekal-pembekal, pelanggan-pelanggan, dihormati oleh pesaing-pesaing dan dihargai oleh lapisan komuniti masyarakat sebagai peneraju dan sebagai aset penting di dalam komuniti ia bergerak dan berkhidmat.
  • Setiap rumah harus ada produk Afiat sepertimana garam dan gula

  • Visi syarikat direalisasikan melalui kejayaan yang dikecapi melalui produk-produk sediaada dan sedang meletakkan asas yang kukuh dalam membangunkan produk-produk baru.
  • Menjadi produk warisan negara suatu hari nanti

Kata-Kata Aluan Pengarah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd. adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera dan memberi fokus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri. Syarikat ini disokong oleh kilangnya yang bertaraf GMP dan telah beroperasi di negara ini sejak lebih dari 8 dekad bermula dari tahun 1924. Matlamat utama syarikat ialah untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pengedaran yang efisien meliputi seluruh negara.
Syarikat Minyak Afiat juga memberi keutamaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa ceria. Kami percaya matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pengeluaran produk yang berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang mampu dibeli.

PENGIKTIRAFAN DAN PERSIJILAN

Testimonial author
Mendapat pengiktirafan GMP (Amalan Perkilangan Baik) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Testimonial author
Memperolehi Persijilan ISO 9001:2000 (kemudian) daripada SIRIM QAS International for Quality Sistem Pengurusan pada April 2003 hingga April 2006
Testimonial author
Mendapat tempat Ketiga dalam Showcase SDSI Melaka bagi Kategori Produck Kesihatan
Testimonial author
Mendapat Pengiktirafan Halal dari JAKIM Malaysia