Get Adobe Flash player
Login Form
Facebook FanBox

Polls
Anda memilih produk Afiat di atas dasar apa?
 
Who's Online
We have 13 guests online
Statistik Web
Members : 5637
Content : 11
Web Links : 6
Content View Hits : 160321
Show IP
Your IP: 54.81.83.207
Hostname:
ec2-54-81-83-207.compute-1.amazonaws.com

Your OS: Search Bot
Your Browser: unknown unkno
Pilih Theme
Feed Display
No Feed URL specified.

Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd.

"Nikmat rahsia alam semulajadi"

Selamat Datang ke laman web Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd. Website V2 ini baru dilancarkan seiring dengan perkembangan IT yang semakin meluas di Malaysia. Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan Syarikat Afiat Sdn Bhd ke serata dunia serta ingin memberi penerangan kepada pengguna-pengguna khususnya masyarakat Malaysia mengetahui Syarikat Minyak Afiat ini dengan lebih dekat lagi. Oleh itu sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah dalam melayari website ini sila hubungi kami di ruangan yang di sediakan untuk memudahkan kami mengambil tindakan segala cadangan dan masalah anda.

Sejarah Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd

Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamaruddin sejak tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail. Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk tanahair. Perusahaan Minyak Afiat kemudiannya telah ditukarkan kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM229,000.00 pada tahun 1989. Sehingga tahun 1999, modal berbayar telah ditingkatkan kepada RM729,000.00.

Setelah ketiadaan Allahyarham, teraju pengurusan dan pentadbiran syarikat telah diambil alih oleh dua orang anak lelaki beliau. Bermula dari detik penyerahan itu Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd telah mengorak langkah menuju ke arah pengkorporatan dan menuju jalan mencari arah pasaran di peringkat antarabangsa. Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan, Syarikat Minyak Afiat telah membina sebuah kilang bertaraf GMP (Amalan Perkilangan Baik) yang mana syarikat ini adalah di antara kelompok pertama syarikat Bumiputera yang memperolehi pengiktirafan tersebut dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996.

Berbekalkan formula dan ramuan tradisi keluarga, produk-produk syarikat kini telah mampu bersaing dengan produk-produk perubatan moden. Produk keluaran syarikat ini telah dianalisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin selamat serta bersih untuk digunakan. Lantaran itu juga Syarikat Minyak Afiat telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Universiti Sains Malaysia pada 25 Ogos 1996 bagi memelihara mutu keluaran syarikat secara berterusan.

Di atas kesedaran dan permintaan yang memberangsangkan, syarikat telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan herba dan makanan tambahan tradisional untuk kegunaan semua peringkat umur. Di antara produk-produk Syarikat Minyak Afiat adalah seperti Minyak Afiat, Minyak Hangat Afiat, Set Bersalin Afiat dan Air Jamu Bawang Putih Bermadu. Terkini syarikat juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri seperti Gel Mandian, Feminine Care, Syampu, Sabun, Balm dan Krim Afiat hasil kerjasama dari SIRIM Berhad.

Sehingga kini Syarikat Minyak Afiat telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara termasuk Brunei dan banyak lagi pelanggan-pelanggan kecil di seluruh negara. Sebagai melebarkan lagi sayap perniagaan, pihak syarikat akan mengeluarkan produk-produk baru berupa produk kosmetik, produk penjagaan diri serta produk makanan kesihatan baru berasaskan herba bagi memenuhi permintaan dan kecenderungan pengguna yang tinggi terhadap ubat-ubatan berasaskan herba. Dengan kerjasama daripada SIRIM Berhad sebgai sumber penyelidikan dan pembangunan projek-projek baru tersebut diharapkan dapat menyumbangkan ke arah memajukan lagi industri herba di Malaysia dan di peringkat global.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap kredibiliti pengusaha industri herba, pihak syarikat juga telahpun mencapai pengiktirafan ISO:9001:2008 dari SIRIM QAS International bagi persijilan sistem pengurusan kualiti pada April 2003. Ini bermakna usaha yang bersungguh-sungguh terus diambil untuk menjadikan barangan berasaskan herba sebagai alternatif utama pengguna selain daripada barangan hasilan kimia sintetik.

Last Updated (Friday, 12 April 2013 21:43)

 

Anugerah Pengiktirafan Syarikat