Mimpi lelaki tua berserban

MINYAK urut jenama Afiat telah lama diketahui berkesan untuk mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah. Ia juga popular dalam mengembalikan kesihatan wanita lepas bersalin.

Terletak di Batu 30, Jalan Ipoh, Kuala Kangsar, Perak, syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd. telah beroperasi selama lebih 80 tahun. Ia diasaskan oleh Panjang Kamaruddin di Tambun.

Nama afiat itu diambil daripada ungkapan sihat walafiat. Imej lelaki memakai songkok pada produk Afiat pula merupakan gambar Haji Panjang Kamaruddin yang sengaja dipaparkan secara animasi, kata Pengarah Urusan Minyak Afiat, Ahmad Zakaria Khalid.

Zakaria berkata, asal-usul perniagaan itu memiliki sisi eksentrik. Cerita beliau, Panjang yang merupakan ketua sebuah kampung di Tambun tiba-tiba lumpuh kedua-dua belah kaki tanpa diketahui sebabnya.

Walaupun, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan penyakitnya ia masih gagal. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari semasa Panjang sedang tidur, beliau bermimpi didatangi seorang tua berserban dan berjubah putih.

 

Last Updated (Tuesday, 03 October 2017 16:05)