Keterangan Logo

 

  1. Perkataan 'AFIAT' diambil dari ungkapan 'sihat walafiat' yang mana AFIAT membawa maksud 'kesejahteraan' bersesuaian dengan produk-produk kesihatan yang ditawarkan oleh Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd.
  2. Imej gambus dan nota muzik yang tertera pada logo menggambarkan nostalgia sewaktu memperkenalkan 'Minyak Afiat' selaku produk ulung di mata masyarakat sekitar tahun 1920-an lagi. Pada masa tersebut dendangan gambus diperdengarkan kepada orang ramai sebagai menarik perhatian mereka untuk membeli Minyak Afiat. Nostalgia tersebut diabadikan di dalam logo Syarikat sebagai mengenang jerih perih pengasas pada masa itu dalam memperkenalkan dan meyakinkan pengguna akan keistimewaan Minyak Afiat ini.
  3. Imej lelaki memakai songkok adalah merupakan gambar pengasas Syarikat Hj. Panjang Kamaruddin yang sengaja dipaparkan secara artistik dan terus dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.

Last Updated (Friday, 12 April 2013 21:42)