Garis Masa 100 Tahun Minyak Afiat

Afiat Setia Menemani Anda Selama 1 Kurun Lamanya

EDISI 1924-1960-an

Tokoh Semasa : Tuan Haji Panjang Kamaruddin

Info : Bermula apabila seorang penghulu yang menderita sakit lumpuh mendapat ilham melalui mimpi untuk menhasilkan minyak dengan ramuan herba.

EDISI 1960-1990-an

Tokoh Semasa : Tuan Haji Khalid Uda Ismail

Info : Diusahakan dan dikomersialkan oleh anak saudara beliau Tuan Haji Khalid Uda Ismail.

Minyak Afiat kini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seluruh rakyat Malaysia.

EDISI 1992-1995

Tokoh Semasa : Tuan Haji Khalid Uda Ismail

Info : Ramuan herba oleh Haji Panjang Kamaruddin mendapat sambutan dan diteruskan oleh anak saudaranya dan dikenali sebagai minyak afiat.

Pada tahun tersebut berlaku kekurangan stok botol menyebabkan penggunaan botol petak buat sementara waktu.

Pada tahun 1996 diambil alih oleh Tuan Haji Ahmad Zakaria.

EDISI 1996-2009

Tokoh Semasa : Tuan Haji Ahmad Zakaria

Info : Pada tahun 1996, selaku generasi ketiga, Tuan Haji Ahmad Zakaria telah mengambil alih syarikat yang kini dikenali sebagai Syarikat Minyak Afiat.

Kebanyakan produk telah dikemaskini dan diberi pembaharuan seperti pertukaran dari label kertas ke plastik selari dengan penggunaan mesin-mesin baharu dan juga kelulusan dari KKM.

EDISI 2010-2023

Tokoh Semasa : Tuan Haji Ahmad Zakaria

Info : Minyak Afiat kini telah menghampiri sambutan 100 tahun sejak penubuhan dan penemuan ramuan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan sejarah selepas itu.

Sempena itu, hampir keseluruhan produk diberi pembaharuan dan juga beberapa produk baru diperkenalkan.