Produk Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang
Kamaruddin pada tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan
secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail.
Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya
keseluruh pelusuk tanah air. Perusahaan Minyak Afiat kemudian telah
ditukarkan kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd. dengan modal berbayar
sebanyak RM 229,000.00 pada tahun 1989. Pada 2020, modal berbayar telah
ditingkatkan kepada RM 1,000,000,00.
Kilang Syarikat Minyak Afiat SDN BHD
Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd adalah merupakan pengeluar produk-produk tradisional berasaskan herba yang merangkumi linimen (minyak gosok/urut), makanan kesihatan (tonik herba), dan set bersalin (persediaan lengkap selepas bersalin). Perniagaan ini telah diasaskan sebagai pemilikan tunggal kira-kira 3 dekad yang lalu oleh Allahyarham Tuan Hj. Khalid b. Uda Ismail sebelum ianya ditukarkan kepada syarikat sendirian berhad yang dihadkan dengan saham. Ianya telah didaftarkan sebagai syarikat 'Sdn. Bhd.' semenjak tahun 1989.
Syarikat juga mempunyai beberapa kelebihan persaingan yang penting seperti:
Rangkaian produknya telah dikenali dan mendapat sambutan baik serta mempunyai pengguna-pengguna yang setia sejak bertahun-tahun lamanya. Pengurusan Kanannya mempunyai latar belakang yang cemerlang dalam mengendalikan perniagaan. Produk-produk syarikat juga mempunyai reputasi sebagai berkualiti tinggi dan mempunyai mutu yang konsisten yang mana dikendalikan di bawah persijilan GMP (Good Manufacturing Practice/Amalan Pengilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara Produk Keluaran Afiat
Don't have an account yet? Sign up for free
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email. Remember now? Back to login
Already have an account? Log in